Assalamualaikum and Hi Selamat datang ke belog Liyana ;)

Nov 24, 2015

Jejak JB Liyana. pheww

Assalamualaikum and Hai.


Tajuk kemain nak gah macam rancangan tv. konon? biar lah :p Plan nak pergi JB ni memang dah lama. sangat! study kat Segamat pun ingat senang ke seorang bernama Liyana nak jalan-jalan? memang susah. every weekends ada je activity dia buat. siapkan assignment yang tah berapa lama tangguh, basuh baju yang 3 4 hari terperap, movie marathon, tidur sepanjang hari and bla bla bla ..so ko expect Liyana ada masa nak jalan-jalan? hahaha. actually, Segamat - JB bukan dekat pun. around 3 hours jugak nak kesana. boleh kematu tau punggung duduk lama-lama dalam bus. tiga kali ko tidur baru sampai agaknya T_T haha.

Dah lima sem kat Segamat still tak berkesempatan nak pergi JB. orang lain dah berapa puluh kali ulang alik jalan-jalan sana tapi aku mampu lap air mata je. sob sob.. disebabkan banyak halangan *konon-kononnya tu* time study so aku decided pergi time cuti. alhamdulillah, kalini sampai jugak bumi JB ni, gaiss JB je punnnn lol 

20hb Oct 2015.

Macam biasalah, aku dah selalu naik bus sorang-sorang. pergi Kuantan dari Segamat or Seremban pun sorang-sorang. independent kan aku? haha. padahal takde geng nak ajak merayau -- sorang-sorang pun jadi. bus aku 1:30pm, bus plusliner. beli ticket malam tu before 20hb, akak sombong jual ticket pesan datang 15 minutes awal sebab bus ni on time. (sombong sebab tak senyum bila aku senyum) memang betol-betol on time weh, tepat 1:30 *jam driver* dah gerak. kalau akak sombong tu tak pesan pun aku memang jenis tunggu bus awal. sejam awal pun pernah. nampakkan aku bersemangat camne? -- 

Bus gerak je aku dah start lentok. apa nak buat dalam bus lama-lama? tolong bagitahu -- aku bukan jenis suka makan dalam bus or apa-apa jenis kenderaan pun. bila dah lapar tahap menggigil je aku makan. perjalanan aku bermula dengan tidur sepanjang jalan :) bye

5:00pm ;

Lewat petang around 5pm camtu aku sampai Terminal Larkin. lompat dari bus je aku dah taktau nak ke mana sebab janji dengan kawan suruh dia tunggu before aku sampai. first time datang sana mestilah rasa takut-takut sikit sebab tak biasa kan. janji dengan kawan keling memang camni -- suruh kita whatsapp setengah jam sebelum sampai. mati-mati aku ingat dia nak gerak time tu, rupanya aku dah sampai baru dia gerak. macam sakit hati kan? :') lalu, aku pun bersabar jelah menuggu Aina si kering sambil mencarut versi lagu hahaha. 5:45 dia sampai, oke Aina okeeeee T_T

Harini tak merayau mana-mana. memang takde dalam list merayau pun, so aku decided nak terus balik rumah bersihkan diri, solat, and rehat. gila apa tak letih lama-lama dalam bus. aku manusia biasa :'D lama menunggu dengan lama mencarut lagi hahaha. memandangkan Aina pun penat baru balik dari library (dia tengah final exam time tu) kita orang sambung merayau esok.



macam poyo sikit -- her her 

Setiap kali nak ke mana-mana memang aku buat camni. lebih teratur and senang nak kira budget :D yang tick tu je aku sempat pergi. yang tak tick apa jadi? ya, ada sesuatu incident berlaku. sampai sekarang aku takboleh lupa ahahaha.

aku nak layan exo next door jap boleh? macam berpinau dah mata duduk depan laptop lama-lama pastu  pilih gambar taktau yang mana satu ok nak upload haha. nanti dah pilih aku sambung cerita pasal incident di JB. taknak baca? oke tak suruh pun, lol.

oke bye.







Nov 18, 2015

Cheesekut ke Cis kedekut?

Assalamualaikum and Hai.

I'm back gaisss. Tiba-tiba sangat kan Haha. Dah lama weh tak ber-blogging ni rasa rindu pulak nak mengarot merepek jual kerepek kat sini pastu sekarang aku dah taktahu nak mulakan camne --' Oke back to our main topic dimana Chef Liyana harini nak share cara buat cheesekut (kepada mereka yang tak tahu menahu langsung atau blur-blur tu) yang tersangatlah senang habaq mai. Pejam mata sambil buat gaya ala-ala Chef Wan tang tang tung dah siap. Nampak macam menipu kan? Ya aku tipu sikit --'

First thing first, kenalah tahu ingredients nak buat cheesekut tu. Ingredients pun korang jangan risau sebab simple je macam engko buat nasi goreng kicap campak-campak pastu siap terus ngap masuk mulut haa lebih kurang tu lah. Simple kan? '.'

Oke here...

Ingredients :
1. Cheese **mestilah kena ada. Ni watak utama kot.
2. Biskut Lemak **sukahati engkorang lah amik brand apa pun
3. Susu pekat **ni pun brand sukahati mak engko
4. Biskut Oreo
5. Susu kotak (kalau boleh ambil brand dutch lady. Sebab sedap)

Perisa tambahan **kalau rasa nak tambah lah. :
- Milo, Vico, Blueberry jam, Strawberry jam and sukahati korang lagi nak tambah apa. Janji happy ok? Hehe.

Biskut Deluxe Crackers, Oreo, Susu DutchLady, Susu F&N, Esen Vanilla and Tatura Cream Cheese.


So ni brand yang Chef Liyana selalu guna bila buat cheesekut. Cheese tu aku pilih Tatura Cream Cheese namo eh sebab dah biasa dengan rasa dia kot. Kira ngam lah tekak aku makan brand ni. Seisi keluarga pun suka. Seisi kauu Hahaha. Murah pun murah so boleh beli bila-bila masa tak kira dimana jua saya berada. LOL
(semua murah memang kena dengan nama cheesekut kedekut.HAHA)

Sebelum lagi banyak merepek mari kita buat cheesekut kedekut ni.
Mula-mula sekali baca bismillah pastu ambil seberapa banyak cheese yang korang nak pakai banyak mana terpulanglah mahu jadi apa ...err **apakah* janji cheese kena lah ada kan --' Kalau aku pakai 250g cheese (terpulang kat uols). Oke pastu campurkan sekali dengan susu pekat (GAUL SEBATI), pun sama ikut tahap kemanisan yang korang suka. Cheesekut ni memang banyak main sukahati je nak buat macam main masak-masak sebab simple. Percayalah aku cakap ni --

Bila dah percaya, korang boleh jugak letak sikit esen vanilla. Dah siap main gaul-gaul tu, dah boleh lah susun biskut lemak tadi atas loyang. Jangan tanya loyang saiz apa eh nanti engko dapat jawapan sakithati dari aku. Haha. Nak susun biskut tu jangan lupa celop biskut dengan susu kotak dutch lady. Dah nampak kan function susu kotak kat situ? Haa teruskan susun macam dalam gambar ni.


Ya tahu buruk. Cheesekut aku kan --'

Dah susun camtu, korang ratakan cheese yang dah digaul sebati tadi atas biskut tu. Nak letak perisa tambahan time ni boleh lah. Sila sila.. Aku tabur biskut oreo yang dah di pecah-pecahkan je. Kalau boleh biskut oreo tu kasi hancur pun takpe. Haha.


First layer.

Pastu korang dah boleh ulang step dari mula biskut tu disusun. Berselang-seli dengan ratakan cheese. Berapa banyak layer terpulang lah. Kalau aku buat sampai biskut tu habis satu packet. Bila dah selamat guna semua ingredients yang ada, terus masuk peti ais okeh! Tunggu beberapa jam sampai cheesekut tu keras pastu dah boleh potong pastu jangan pandang kiri kanan terus ngap sambil menikmati keenakannyaaaaaaa. Selamat mencuba gaisss!


TADAAAAAAA!



p/s: Bagi mereka yang serious orangnya, jangan baca resepi merepek Chef Liyana ni. Jangan kecam saya. I'm sorry :p