Assalamualaikum and Hi Selamat datang ke belog Liyana ;)

Nov 18, 2015

Cheesekut ke Cis kedekut?

Assalamualaikum and Hai.

I'm back gaisss. Tiba-tiba sangat kan Haha. Dah lama weh tak ber-blogging ni rasa rindu pulak nak mengarot merepek jual kerepek kat sini pastu sekarang aku dah taktahu nak mulakan camne --' Oke back to our main topic dimana Chef Liyana harini nak share cara buat cheesekut (kepada mereka yang tak tahu menahu langsung atau blur-blur tu) yang tersangatlah senang habaq mai. Pejam mata sambil buat gaya ala-ala Chef Wan tang tang tung dah siap. Nampak macam menipu kan? Ya aku tipu sikit --'

First thing first, kenalah tahu ingredients nak buat cheesekut tu. Ingredients pun korang jangan risau sebab simple je macam engko buat nasi goreng kicap campak-campak pastu siap terus ngap masuk mulut haa lebih kurang tu lah. Simple kan? '.'

Oke here...

Ingredients :
1. Cheese **mestilah kena ada. Ni watak utama kot.
2. Biskut Lemak **sukahati engkorang lah amik brand apa pun
3. Susu pekat **ni pun brand sukahati mak engko
4. Biskut Oreo
5. Susu kotak (kalau boleh ambil brand dutch lady. Sebab sedap)

Perisa tambahan **kalau rasa nak tambah lah. :
- Milo, Vico, Blueberry jam, Strawberry jam and sukahati korang lagi nak tambah apa. Janji happy ok? Hehe.

Biskut Deluxe Crackers, Oreo, Susu DutchLady, Susu F&N, Esen Vanilla and Tatura Cream Cheese.


So ni brand yang Chef Liyana selalu guna bila buat cheesekut. Cheese tu aku pilih Tatura Cream Cheese namo eh sebab dah biasa dengan rasa dia kot. Kira ngam lah tekak aku makan brand ni. Seisi keluarga pun suka. Seisi kauu Hahaha. Murah pun murah so boleh beli bila-bila masa tak kira dimana jua saya berada. LOL
(semua murah memang kena dengan nama cheesekut kedekut.HAHA)

Sebelum lagi banyak merepek mari kita buat cheesekut kedekut ni.
Mula-mula sekali baca bismillah pastu ambil seberapa banyak cheese yang korang nak pakai banyak mana terpulanglah mahu jadi apa ...err **apakah* janji cheese kena lah ada kan --' Kalau aku pakai 250g cheese (terpulang kat uols). Oke pastu campurkan sekali dengan susu pekat (GAUL SEBATI), pun sama ikut tahap kemanisan yang korang suka. Cheesekut ni memang banyak main sukahati je nak buat macam main masak-masak sebab simple. Percayalah aku cakap ni --

Bila dah percaya, korang boleh jugak letak sikit esen vanilla. Dah siap main gaul-gaul tu, dah boleh lah susun biskut lemak tadi atas loyang. Jangan tanya loyang saiz apa eh nanti engko dapat jawapan sakithati dari aku. Haha. Nak susun biskut tu jangan lupa celop biskut dengan susu kotak dutch lady. Dah nampak kan function susu kotak kat situ? Haa teruskan susun macam dalam gambar ni.


Ya tahu buruk. Cheesekut aku kan --'

Dah susun camtu, korang ratakan cheese yang dah digaul sebati tadi atas biskut tu. Nak letak perisa tambahan time ni boleh lah. Sila sila.. Aku tabur biskut oreo yang dah di pecah-pecahkan je. Kalau boleh biskut oreo tu kasi hancur pun takpe. Haha.


First layer.

Pastu korang dah boleh ulang step dari mula biskut tu disusun. Berselang-seli dengan ratakan cheese. Berapa banyak layer terpulang lah. Kalau aku buat sampai biskut tu habis satu packet. Bila dah selamat guna semua ingredients yang ada, terus masuk peti ais okeh! Tunggu beberapa jam sampai cheesekut tu keras pastu dah boleh potong pastu jangan pandang kiri kanan terus ngap sambil menikmati keenakannyaaaaaaa. Selamat mencuba gaisss!


TADAAAAAAA!



p/s: Bagi mereka yang serious orangnya, jangan baca resepi merepek Chef Liyana ni. Jangan kecam saya. I'm sorry :p



No comments:

Post a Comment